? ??????????????Let's Rock!? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (18 Ratings)??79 Grabs Today. 6982 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ????1?? ?????Lightning Bolt? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (140 Ratings)??72 Grabs Today. 24237 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Punk Skulls? ????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 3 Jun 2009

Dalam Dilema...

Ini adalah gambar sepupu aku yang tinggal di Kuala Terengganu. Aku agak rapat dengan mereka. Minggu depan .....


Ofis aku ada kejohonan sukan di Kuala Terengganu pada 11 - 14 Jun 2009, aku ingat nak joint juga tapi yang menjadi permasalahan sekarang ni... waktu nak balik ke KL tu sama tarikh dengan budak-budak sekolah nak buka sekolah... Jadi...




Dah tentu jalan jem atau akan tersangkut di mana-mana jalanraya atau lebuhraya... tu yang aku tak sanggup.... So....



Aku sekarang ini masih dalam dilema antara nak pergi Kuala Terengganu atau tak....


Aduh...aduh.... Pening niii....


( Aku malas nak bawa keta @ tumpang keta @ naik bas ketika jalan jem... boring tu kalo terperangkap dalam kesesakan lalulintas... )


* Baju merah tudung hitam tu adik aku @ ateh..
Tetiba je gambar dia terselit... *

Isnin, 1 Jun 2009

Kawin...Kawin...

Ini gambar tahun lepas sewaktu majlis kenduri budak ofis aku. Rumah dia ini dekat dengan Bukit Merah, Ipoh Perak. Tapi aku tak sempat nak g Bukit Merah tu sebab lepas g kenduri dia ni, aku terus naik g Penang. Lagipun Perak dengan Penang dah dekat. Budak-budak ofis aku g naik bas, aku je yang naik keta sebab aku ada program di Penang. ( Maaflah ye, foto pengantin xde coz pengantin tengah sibuk tangkap gambar dalam rumah ).



Ini plak gambar salah seorang teman baikku. Kenduri dia plak kat Raub. Sekarang aku dengar isteri dia tengah berbadan dua. Dah lama tak hubungi dia lepas je dia kawin, lagipun dia dah ada keluarga. Tapi dulu pun masa dia baik dengan aku, aku pun tak cari dia cuma dia yang selalu hubungi aku. Sekarang dia dah kawin, lagilah aku " buat bodo ". Lama aku kawan dengan dia, masa aku sekolah menengah lagi... sekarang aku dah keja. Dia cakap dia tak kan kawin selagi aku tak kawin... tengok2 dia kawin dulu... Tapi aku x kisah sebab aku dah cakap aku memang x kisah kalo dia nak kawin dulu lagipun dia ni baik sangat... x pandai nak marah2 aku.... Aku memang selalu berharap dia jumpa jodoh dia dulu.. Hiii..hiii...hiii....



Ini gambar kenduri Mus dan isterinya Atie. Gambar ini kat Kedah. Minggu ini pun aku kemungkinan akan ke sana semula, tempat yang sama tetapi pengantin berlainan sebab kakak ipar dia yang akan kawin. Sebenarnya minggu ni aku memang nak g Pulau Pinang, tetapi kebetulan ada jemputan kenduri kawin kakak ipar Mus, jadi aku g lah dulu Kedah, otw balik g singgah Penang kejap, g makan nasi ketam.... Ohhh... Bestnya makan nasi ketam... Tak sabar nak makan...




Ini adalah gambar kenduri kawin di Perlis. Ini adalah salah seorang teman baik " Pakcik ". Pakcik panggil " Mat Batin ". Aku pun terikut panggil Mat Batin. Sebenarnya kami g Perlis nak g bercuti tapi kebetulan tarikh nak g tu, sama tarikh dengan kenduri Mat Batin ni. Tu yang boleh sampai ke kenduri Mat Batin ni.


Yang ni lagi best... Ni majlis perkahwinan salah seorang Timbalan Pengarah kat ofis aku. Gambar ini dirakam di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak. Majlis kawin tu malam. Tapi majoriti yang joint majlis ni, sebenarnya banyak nak bercuti di Sarawak... Hiii...hiiii...hiiiii....


Apa sebenarnya.....


Aku citer tentang majlis kawin minggu ni coz sekarang dah bermula cuti sekolah jadi banyak majlis kenduri kawin. Semalam je aku kena korbankan salah satu majlis kenduri kawin bos aku di Ampang coz aku kena g kenduri kawin di Mentakab, Pahang. Jadi aku g Mentakab, pakcik terpaksa g lah sorang2 kat majlis kenduri di Ampang tu.

Minggu ni plak aku g Kedah tapi sepupu aku ajak g Batu Pahat tapi terpaksalah aku tolak coz dah janji nak g Kedah.


Tapi kalo aku kawin, mungkin aku tak buat waktu cuti sekolah...

Saje nak lari dari kebiasaan....

Hiii...hiii...hiiii....




Antara Kawan Dan Kekasih

Aku tertarik dengan email ini kerana salah seorang rakan baik ku iaitu mus pernah bercerita kisah CINTA dan SAYANG...

Jadi aku rasa kisah KAWAN dan KEKASIH ini sama juga dengan kisah CINTA dan SAYANG...

Hayatilah... Terima kasih kepada pengirim email ini.



Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...

dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...

ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...

hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...

berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?

KAWAN pengubat kesunyian,KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?

KAWAN tempat mengadu,KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...

KAWAN menghulurkan bantuanKEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...

KAWAN sekuntum senyuman,KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?

KAWAN sejujur kata,KEKASIH setulus setia

KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman..

tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...

perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan"

kerana "Kasih sayang tiada sempadan"

tapi sayang...

KEKASIH tetap KEKASIH...

KAWAN tetap KAWAN...

perbezaannya terlalu ketara..

tapi keadaannya tetap sama..

Jumaat, 29 Mei 2009

P_ K _ _ K



Peter Pan - Ku Katakan Dengan Indah

ku katakan dengan indah
dengan terluka hatiku hampa
sepertinya luka menghampirinya

kau beri rasa yang berbeda
mungkin ku salah mengartikannya
yang kurasa cinta

* tetapi hatiku selalu menginginkanmu
terlalu menginginkanmu
selalu menginginkanmu

reff: kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
kau terangi jiwaku. kau redupkan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

repeat *

** membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
membuatku merasakan yang tak terjadi
semua yang terbaik dan yang terlewati
semua yang terhenti tanpa kuakhiri

kau buatku terjatuh dan terjatuh lagi
kau buatku merasakan yang tak terjadi
semua yang terbaik dan yang terlewati
semua yang terhenti tanpa kuakhiri

repeat *

reff2: kau hancurkan hatiku, tak tertahan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

repeat reff


Pakcik & Muka Tak Bersalah



26 Mei 2009 ( Selasa ) memang tarikh yang menguji kesabaranku...


Pepagi g keja aku memang akan tumpang keta kawan baikku ini @ pakcik...baru2 jelah aku pratikkan.


Pastu aku yang kena kejutkan dia pepagi pukul 7.15 pagi jika aku nak tumpang.


Keta pula gilir2.. tapi selalunya aku naik keta dia.. Coz keta aku, aku tinggal kat ofis. ( Jimat minyak dan aku memang dah malas nak drive lepas aku xcident tempohari ).


Ok.. so, pada tarikh keramat tu.. aku macam biasa pukul 7.10 pagi dah kejutkan dia sebab dia suruh kejutkan awal dan pukul 7.45 pagi aku tunggu dia kat lobi.


Aku tunggu sampailah pukul 8.00 pagi, aku tunggu-tunggu xde, sms pun xde.


Dalam hati aku confirm aku lambat hari ni dan dia masih x bangun lagi. Pukul 8.15 pagi pun xde..


Last-last aku terpaksa telefon dia coz kakak kat ofis aku hantar sms ada panggilan mesyuarat pagi ni dan kakak tu tak tahu nak bagi sape surat tu. Sebab tu aku kena telefon dia, kalo x aku dah ambil cuti kecemasan sebab nak tengok sejauh mana kesedaran sivik kawan aku tu. Masa aku telefon dia dengan mamainya dia boleh cakap dah bangun. Aku apa lagi terus melenting dan suruh dia tengok jam. Bila dia dah tersedar dari lena yang panjang tu, apa lagi gelabahlah dia sebab jam dah pukul 8.25 pagi. Aku sure dia mesti takut coz... 1, sebab dia dah lambat. 2, sebab dia dah tahu aku akan mengamuk giler babinya dekat dia. 3, muka aku nanti mesti nampak macam nak makan dia.


Lepas 45 minit aku tunggu dia, barulah dia muncul dengan muka tak bersalah. Lagilah aku angin tapi tak mengamuklah cuma aku tak bercakap.


Sampai ofis baru dia sms " Pakcik minta maaf...."


Geram je aku.. Dahlah aku tunggu macam terlebih cerdik je kat lobi tu... Pastu buat bodo plak tue...


Dan hingga ke hari ni aku masih lagi geram dan buat bodo dengan insan digelar " " pakcik " tu.


Hari ni baru nak pujuk aku..


Aku geram lagi dengan sikap dia. Aku x dapat gambarkan macamana aku geram kat dia tapi memang aku terlalu geram coz dia dah tahu aku memang paling pantang tunggu orang lambat.


Isnin, 25 Mei 2009

Sekadar renungan sejenak..
( Bukan aku punya kisah tapi aku copy dari sebuah blog.
Terima kasih kepada empunya bloh tersebut ).

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihatkakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Jumaat, 22 Mei 2009

Info Berguna..

Info ini aku dapat daripada email aku.

Terima kasih kepada pengirim email ini.

Moga-moga dapat dijadikan panduan.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.