Dari 22 Mac - 29 Mac 2009, aku simpulkan kejadian yang telah aku alami sepanjang minggu tersebut.
21 Mac 2009 ( Sabtu )
Menghadiri majlis perkahwinan di Mempaga, Pahang dengan menaiki kenderaan Jabatan. Bergerak dari Putrajaya pukul 10.00 pagi. Lebih kurang 06 buah kenderaan mengikuti konvoi ini. Sampai kembali ke Putrajaya pukul 3.45 petang. Keluar dari parking keta kat ofis nak balik ke rumah, buat pusingan u tetiba keta bergesel dengan motorsikal. Keluar dari keta tgk bumper depan tercabut nat-nat kat tepi tu lepas tu bumper depan retak je sikit. Tapi motor tu cakap xpe dia bayar semua lagipun dia x salahkan sapa2 padahal dah confirm dia salah sebab aku memang dah bagi signal masuk kanan dan motor tu nak potong arah kanan nak ke kiri. Mungkin dia x prasan kot signal ke kanan. Dia bagi kad nama dia dan apa-apa hal dia suruh aku telefon dia nanti. Lepas tu dia cepat-cepat nak balik mungkin cuak kot sebab takut tetiba budak ofis aku datang lagipun kejadian tu berlaku tepi bangunan ofis aku je. Keta aku ok, xde kerosakan teruk pun betulkan skit dah nampak macam biasa cuma depan ada nampak kesan retak je. Lepas tu aku balik rumah malas dah fikir tentang kemalangan yang tak disengajakan tu.
22 Mac 2009 ( Ahad )
Hari ini tetiba je nak masak nasi. Lagipun telur majlis kahwin yang aku g semalam ada lagi so apa lagi masak nasi, goreng ayam letak kunyit pastu masak je telur masak pedas. Aku x makan telur tu tapi aku telefon kawan-kawan aku ajak makan nasi kat rumah aku.
23 Mac 2009 ( Isnin )
G keja pepagi bagitahu aku punya Timbalan Pengarah cakap nak hantar keta kat Perodua dalam pukul 9.00 pagi. Balik dari hantar keta aku bagitahu budak motor yang langgar tu cakap aku dah hantar keta so anggaran RM 1,300. Dia cakap ok nanti dia bagi duit.
24 Mac 2009 ( Selasa )
Keta aku dah siap, pagi ini dalam pukul 11.00 pagi baru aku g ambil keta. Aku guna duit aku dulu. Semua skali kena dalam RM1,108.60 Kalo budak tu x bayar memanglah....sedihnya kena tipu... tapi dia janji nak bayar kan... Hiiiihiiiihiii.... Sampai kat ofis aku sms dia aku cakap keta aku kena RM 1,108.60. Dia cakap duit memang ada pada dia dan dia memang tunggu aku ambil duit dari dia. Aku plak buat plan ngan member aku suruh bagitahu aku jadi urusetia mesyuarat dan wakilkan dia bagi pihak aku. Aku suruh dia bayar RM1,100 je tapi dia bagi RM1,110. Pastu dia cakap simpan bakinya pada member aku. Aku bukan xnak jumpa dia tapi aku rasa dia macam bagus je sebab tu aku malas nak jumpa dia pastu ada ke dia suruh aku g ambil kat ofis dia. Malaslah aku. Hii...hiii.. Lagipun dia yang salah... Haa..haa..haa...
28 Mac 2009 ( Sabtu )
Hari ini pukul 12.00 tengahari g antar rombongan Cik Kiah, nama sebenarnya Puan Rokiah Binti Abdullah Shaari. Cik Kiah ni adalah ex Pegawai Atasan aku masa aku keja kat Bahagian Visa, Pas Dan Permit. Rombongan Cik Kiah ni sebenarnya g antar anak dia kat rumah pengantin perempuan di Senawang, Negeri Sembilan. Ada 20 buah kenderaan yang ikut rombongan ni. Yang gempak tu anak dia naik keta skyline. Kenduri dekat umah Cik Kiah plak pada 04 April 2009. Aku x dapat g pada 4 April sebab tu aku g ikut rombongan Cik Kiah ni. Aku sampai rumah aku lebih kurang pukul 7 malam.
Malam ini aku pun turut menyahut seruan kerajaan untuk memadamkan elektrik. Tapi aku cuma tutup lampu je, tv still on. Hiii...hiii..hiii... Lagipun aku duk sorang-sorang kat rumah nanti x pasai-pasai nampak benda bukan-bukan. Dari rumah aku boleh nampak kawasan sekitar Presint 2 yang turut menyahut seruan ini. Xlah gelap keseluruhan Presint 2 ini cuma badan-badan kerajaan yang turut serta je.
29 Mac 2009 ( Ahad )
Pada tarikh ini selamatlah seorang dari officemate aku berkahwin. Aku pun dalam perancangan nak ikut jejak langkah dia ni tapi x pasti bila. Dia kawin dengan orang Klang, Selangor. Dia budak Kedah. Berkumpul kat ofis pukul 10.30 pagi tapi biasalah janji Melayu pukul 11.00 pagi pun ada yang x nampak muka lagi. Bila dah semua berkumpul pukul 11.45 pagi baru gerak dari ofis. Lebih kurang 10 buah kenderaan. Sampai sana semua terus cari nasi. Yang speselnya siap ada ayam golek. Best betul. Lepas tengok pengantin makan beradap barulah kami semua balik. Aku sampai Putrajaya dalam pukul 3 petang.
Pukul 8.15 malam,aku dapat panggilan dari Kak Syikin... Dia ni dulu Pembantu Akauntan kat tempat aku tetapi ditukarkan ke Bahagian Kewangan kerana xde post kat Bahagian aku. Dia telefon cakap yang dia kemalangan dekat lampu isyarat kat rumah aku. Aku jenguk memang ada nampak ada keta berhenti kat tepi bagi lampu isyarat kecemasan. Aku pun apa lagi cepat-cepat turun g kat tempat kejadian, first thing aku sampai terus aku rasa tangan dia... Normal... X sejuk or panas... Kira ok laa... Aku tengok keta dia cuma pecah lampu belakang dengan bonet belakang tapi kereta yang langgar dia tu remuk kat depan. Pukul 10.30 malam g buat laporan polis, hantar keta kat bengkel keta di Bangi, lepas tu g klinik sebab dia cakap badan dia macam x selesa tapi bila g klinik swasta dia suruh g klinik kerajaan... Kami g lah klinik kerajaan di Kajang... Biasalah kalo dah nama kerajaan, mesti kena tunggu lama punya... Waktu tu dah hampir pukul 12.45 malam. Lebih kurang pukul 1.45 pagi baru selesai. K.shikin tu siap kena x-ray lagi takut ada apa-apa. Doktor tu cuma bagi mc untuk 01 hari sahaja. Aku plak sampai kat rumah lebih kurang pukul 2.10 pagi lepas g hantar k.syikin kat rumah dia. Balik rumah terus tido lepas salin baju. Esoknya macam biasa kena keja.
( Gambar aku akan siarkan kemudian )