? ??????????????Let's Rock!? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (18 Ratings)??79 Grabs Today. 6982 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ????1?? ?????Lightning Bolt? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (140 Ratings)??72 Grabs Today. 24237 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Punk Skulls? ????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 29 Mei 2009

P_ K _ _ K



Peter Pan - Ku Katakan Dengan Indah

ku katakan dengan indah
dengan terluka hatiku hampa
sepertinya luka menghampirinya

kau beri rasa yang berbeda
mungkin ku salah mengartikannya
yang kurasa cinta

* tetapi hatiku selalu menginginkanmu
terlalu menginginkanmu
selalu menginginkanmu

reff: kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
kau terangi jiwaku. kau redupkan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

repeat *

** membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
membuatku merasakan yang tak terjadi
semua yang terbaik dan yang terlewati
semua yang terhenti tanpa kuakhiri

kau buatku terjatuh dan terjatuh lagi
kau buatku merasakan yang tak terjadi
semua yang terbaik dan yang terlewati
semua yang terhenti tanpa kuakhiri

repeat *

reff2: kau hancurkan hatiku, tak tertahan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

repeat reff


Pakcik & Muka Tak Bersalah



26 Mei 2009 ( Selasa ) memang tarikh yang menguji kesabaranku...


Pepagi g keja aku memang akan tumpang keta kawan baikku ini @ pakcik...baru2 jelah aku pratikkan.


Pastu aku yang kena kejutkan dia pepagi pukul 7.15 pagi jika aku nak tumpang.


Keta pula gilir2.. tapi selalunya aku naik keta dia.. Coz keta aku, aku tinggal kat ofis. ( Jimat minyak dan aku memang dah malas nak drive lepas aku xcident tempohari ).


Ok.. so, pada tarikh keramat tu.. aku macam biasa pukul 7.10 pagi dah kejutkan dia sebab dia suruh kejutkan awal dan pukul 7.45 pagi aku tunggu dia kat lobi.


Aku tunggu sampailah pukul 8.00 pagi, aku tunggu-tunggu xde, sms pun xde.


Dalam hati aku confirm aku lambat hari ni dan dia masih x bangun lagi. Pukul 8.15 pagi pun xde..


Last-last aku terpaksa telefon dia coz kakak kat ofis aku hantar sms ada panggilan mesyuarat pagi ni dan kakak tu tak tahu nak bagi sape surat tu. Sebab tu aku kena telefon dia, kalo x aku dah ambil cuti kecemasan sebab nak tengok sejauh mana kesedaran sivik kawan aku tu. Masa aku telefon dia dengan mamainya dia boleh cakap dah bangun. Aku apa lagi terus melenting dan suruh dia tengok jam. Bila dia dah tersedar dari lena yang panjang tu, apa lagi gelabahlah dia sebab jam dah pukul 8.25 pagi. Aku sure dia mesti takut coz... 1, sebab dia dah lambat. 2, sebab dia dah tahu aku akan mengamuk giler babinya dekat dia. 3, muka aku nanti mesti nampak macam nak makan dia.


Lepas 45 minit aku tunggu dia, barulah dia muncul dengan muka tak bersalah. Lagilah aku angin tapi tak mengamuklah cuma aku tak bercakap.


Sampai ofis baru dia sms " Pakcik minta maaf...."


Geram je aku.. Dahlah aku tunggu macam terlebih cerdik je kat lobi tu... Pastu buat bodo plak tue...


Dan hingga ke hari ni aku masih lagi geram dan buat bodo dengan insan digelar " " pakcik " tu.


Hari ni baru nak pujuk aku..


Aku geram lagi dengan sikap dia. Aku x dapat gambarkan macamana aku geram kat dia tapi memang aku terlalu geram coz dia dah tahu aku memang paling pantang tunggu orang lambat.


Isnin, 25 Mei 2009

Sekadar renungan sejenak..
( Bukan aku punya kisah tapi aku copy dari sebuah blog.
Terima kasih kepada empunya bloh tersebut ).

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihatkakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Jumaat, 22 Mei 2009

Info Berguna..

Info ini aku dapat daripada email aku.

Terima kasih kepada pengirim email ini.

Moga-moga dapat dijadikan panduan.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Khamis, 21 Mei 2009

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
6. Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1. Banyak jimak
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1. Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak)
2. Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG. Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan bandannya ke dalam makananan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4. Tidak membaca Al-Quran.
5. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6. Mengumpat dan mengata.
7. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
2. Selepas berjimak. Selepas makan atau sebelumnya.
3. Ketika sedang makan.
4. Selepas memakan buah-buahan.
5. Selepas keluar dari bilik mandi.6. Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi. berwuduk dan bersembayang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit.
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur
2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur
sebelum turun dari katil.
4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA
DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

Khamis, 14 Mei 2009

Cuti-Cuti Malaysia



Dah lama macam tak pergi bercuti...
Bestnya kalo hujung minggu ni dapat bercuti.... Gambar ni diambil tahun lepas waktu pergi Pulau Redang..
Rasa macam best jer duk kat pulau tu. Bilalah nak alami lagi percutian macam ni...
Dengar citer bahagian aku nak buat trip ke Tasik Kenyir bulan Julai ni. Tapi ni baru bulan Mei. Nak tunggu Julai tiba, macam ambil masa yang lama je.
Bestnya esok kalo dapat jalan2 g pantai... Dengar bunyi ombak...
Tapi dah tahu... dalam mimpi jelah kalo nak g bercuti hujung minggu ni.
Sabar jelah...


Foto-foto Candat Sotong Tahun 2009

Hamper ratu mabuk & raja candat sotong

Posing sebelum g Kuala Terengganu

Aweks-aweks...
Dalam bas otw g Kuala Terengganu
Sesi bergambar sebelum pulang
Muka ceria tiba di darat
Raja Candat Sotong





Tempat penginapan







Pemandangan Kuala Terengganu

( Diambil atas bot )




Tangkapan Candat Sotong Bot Pertama










Tengah berjalan..








Lambaian insan-insan kena tinggal
Ratu mabuk laut...
Bot kedua berjaya tiba di darat
Dalam bot nak g candat
Tengahari sebelum g candat sotong

Abdul Rahman Bin Sudin

Insan bernama Abdul Rahman Bin Sudin ni adalah.....
Bekas Ketua Pembantu Tadbir kat tempat keja aku dulu...
Sekarang dia telah berpindah dan dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pegawai Tadbir...
Selama bekerja dengan dia... banyak kenangan dan tunjuk ajar berharga yang aku perolehi..
Paling best.. dia nie x pandai nak marah-marah orang....
Lagilah aku suka....
Paling tak best dia suka je nak jodohkan aku dengan kawan baik aku yang aku panggil ' Pakcik '
dan dia selalu tanya aku bila nak kawin dengan Pakcik...
Walaupun berjuta-juta kali aku terangkan aku dan Pakcik HANYA KAWAN...
Kepada Encik Abdul Rahman Bin Sudin....
Walaupun mereka-mereka di luar sana memanggil anda Encik... tapi....
Panggilan CC tetap untukmu...
Semoga peralihan tugas dan tempat kerja baru lebih menceriakan diri CC...



Khas Buat Tatapan Insan Bernama Encik Abdul Rahman Bin Sudin

Baling dan pandang apa tuuu??
Lapar ke?
Tengah tawar menawar beli kepok lekor
Gaya supermodel
Dating dengan sape tu?
Gaya apa nie?
Terlebih muatan... ( ' ,' )
Aik... Nak ke mana tue?
Gaya Si Buta dan Gadis Manja
Aik... Licin makan...
Khidmat Dengan Senyuman...



Masihkah kau ingat...

Kenangan-kenangan ini....

Yang kini menjadi memori abadi....

Lalu ku biar ia di dalam ini...

Agar menjadi tatapan nurani...

Hiiii...hiiii....hiiii.....

Masihkah kau ingat....

Masihkah kau ingat...?

Encik Abdul Rahman Bin Sudin....

" Jangan marah tau "

Isnin, 11 Mei 2009

Penuhi Janji...

Majlis Kenduri di Klang, Selangor















Pemandangan di Presint 2, Putrajaya













Kereta kesayanganku...

























Jumaat, 8 Mei 2009

CYZER


Ada ada di sebalik nama CYZER...?
Hanya insan-insan yang tertentu yang mengetahui isi kandungan CYZER..
Apa apa pun tahniah diucapkan kerana berjaya memecahkan tradisi CYZER...
Kepada Czarith Sofiah dan suaminya...
Hanya ini mampu ku doakan
* Semoga berkekalan ke akhir hayat, dimurahkan rezeki...
dikurniakan anak secepat mungkin .... AMIN...
dan jangan lupa CYZER....
Hiii....hiii..hiiii....
* Majlis Perkahwinan Sofi pada 02 Mei 2009 *