? ??????????????Let's Rock!? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (18 Ratings)??79 Grabs Today. 6982 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ????1?? ?????Lightning Bolt? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (140 Ratings)??72 Grabs Today. 24237 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Punk Skulls? ????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 3 Jun 2009

Dalam Dilema...

Ini adalah gambar sepupu aku yang tinggal di Kuala Terengganu. Aku agak rapat dengan mereka. Minggu depan .....


Ofis aku ada kejohonan sukan di Kuala Terengganu pada 11 - 14 Jun 2009, aku ingat nak joint juga tapi yang menjadi permasalahan sekarang ni... waktu nak balik ke KL tu sama tarikh dengan budak-budak sekolah nak buka sekolah... Jadi...




Dah tentu jalan jem atau akan tersangkut di mana-mana jalanraya atau lebuhraya... tu yang aku tak sanggup.... So....



Aku sekarang ini masih dalam dilema antara nak pergi Kuala Terengganu atau tak....


Aduh...aduh.... Pening niii....


( Aku malas nak bawa keta @ tumpang keta @ naik bas ketika jalan jem... boring tu kalo terperangkap dalam kesesakan lalulintas... )


* Baju merah tudung hitam tu adik aku @ ateh..
Tetiba je gambar dia terselit... *

Isnin, 1 Jun 2009

Kawin...Kawin...

Ini gambar tahun lepas sewaktu majlis kenduri budak ofis aku. Rumah dia ini dekat dengan Bukit Merah, Ipoh Perak. Tapi aku tak sempat nak g Bukit Merah tu sebab lepas g kenduri dia ni, aku terus naik g Penang. Lagipun Perak dengan Penang dah dekat. Budak-budak ofis aku g naik bas, aku je yang naik keta sebab aku ada program di Penang. ( Maaflah ye, foto pengantin xde coz pengantin tengah sibuk tangkap gambar dalam rumah ).



Ini plak gambar salah seorang teman baikku. Kenduri dia plak kat Raub. Sekarang aku dengar isteri dia tengah berbadan dua. Dah lama tak hubungi dia lepas je dia kawin, lagipun dia dah ada keluarga. Tapi dulu pun masa dia baik dengan aku, aku pun tak cari dia cuma dia yang selalu hubungi aku. Sekarang dia dah kawin, lagilah aku " buat bodo ". Lama aku kawan dengan dia, masa aku sekolah menengah lagi... sekarang aku dah keja. Dia cakap dia tak kan kawin selagi aku tak kawin... tengok2 dia kawin dulu... Tapi aku x kisah sebab aku dah cakap aku memang x kisah kalo dia nak kawin dulu lagipun dia ni baik sangat... x pandai nak marah2 aku.... Aku memang selalu berharap dia jumpa jodoh dia dulu.. Hiii..hiii...hiii....



Ini gambar kenduri Mus dan isterinya Atie. Gambar ini kat Kedah. Minggu ini pun aku kemungkinan akan ke sana semula, tempat yang sama tetapi pengantin berlainan sebab kakak ipar dia yang akan kawin. Sebenarnya minggu ni aku memang nak g Pulau Pinang, tetapi kebetulan ada jemputan kenduri kawin kakak ipar Mus, jadi aku g lah dulu Kedah, otw balik g singgah Penang kejap, g makan nasi ketam.... Ohhh... Bestnya makan nasi ketam... Tak sabar nak makan...




Ini adalah gambar kenduri kawin di Perlis. Ini adalah salah seorang teman baik " Pakcik ". Pakcik panggil " Mat Batin ". Aku pun terikut panggil Mat Batin. Sebenarnya kami g Perlis nak g bercuti tapi kebetulan tarikh nak g tu, sama tarikh dengan kenduri Mat Batin ni. Tu yang boleh sampai ke kenduri Mat Batin ni.


Yang ni lagi best... Ni majlis perkahwinan salah seorang Timbalan Pengarah kat ofis aku. Gambar ini dirakam di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak. Majlis kawin tu malam. Tapi majoriti yang joint majlis ni, sebenarnya banyak nak bercuti di Sarawak... Hiii...hiiii...hiiiii....


Apa sebenarnya.....


Aku citer tentang majlis kawin minggu ni coz sekarang dah bermula cuti sekolah jadi banyak majlis kenduri kawin. Semalam je aku kena korbankan salah satu majlis kenduri kawin bos aku di Ampang coz aku kena g kenduri kawin di Mentakab, Pahang. Jadi aku g Mentakab, pakcik terpaksa g lah sorang2 kat majlis kenduri di Ampang tu.

Minggu ni plak aku g Kedah tapi sepupu aku ajak g Batu Pahat tapi terpaksalah aku tolak coz dah janji nak g Kedah.


Tapi kalo aku kawin, mungkin aku tak buat waktu cuti sekolah...

Saje nak lari dari kebiasaan....

Hiii...hiii...hiiii....




Antara Kawan Dan Kekasih

Aku tertarik dengan email ini kerana salah seorang rakan baik ku iaitu mus pernah bercerita kisah CINTA dan SAYANG...

Jadi aku rasa kisah KAWAN dan KEKASIH ini sama juga dengan kisah CINTA dan SAYANG...

Hayatilah... Terima kasih kepada pengirim email ini.



Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...

dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...

ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...

hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...

berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?

KAWAN pengubat kesunyian,KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?

KAWAN tempat mengadu,KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...

KAWAN menghulurkan bantuanKEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...

KAWAN sekuntum senyuman,KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?

KAWAN sejujur kata,KEKASIH setulus setia

KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman..

tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...

perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan"

kerana "Kasih sayang tiada sempadan"

tapi sayang...

KEKASIH tetap KEKASIH...

KAWAN tetap KAWAN...

perbezaannya terlalu ketara..

tapi keadaannya tetap sama..